Tindakan yang dijalankan
6.2.1 Aktiviti P&P
Pada peringkat permulaan, para pelajar telah didedahkan kepada nombor bulat sehingga 99. Selepas itu, para pelajar telah diajar cara untuk menulis nombor dalam perkataan. Sebelum itu, para pelajar juga telah diperkenalkan dengan konsep nilai tempat iaitu “Hundred” dan “Thousand”. Ini ialah kerana ianya akan digunakan dalam teknik kaki yang akan diperkenalkan pada pelajar.
Pada kebiasaanya para guru akan beranggapan bahawa topic ini amatlah senang kerana para pelajar didedahkan dengan topic tersebut sejak dari Tahun 1 iaitu menulis nombor bermula satu. Akan tetapi yang menyedihkan ialah para pelajar hanya dapat menghafal atau menyimpan dalam ingatan nombor sehingga 100.
Para pelajar telah diajar secara manual untuk menulis nombor dalam perkataan. Ini adalah kerana guru beranggapan bahawa mereka telah mengetahui cara untuk menjawab. Ianya adalah teknik untuk menamakan sesuatu nombor berdasarkan kebiasaan.
Contoh
145 ,689 = One hundred fourty five thousand six hundred and eighty nine
PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
6.3.1 PELAKSANAAN TINDAKAN
Setelah masalah pelajar telah dikenalpasti, maka guru telah memikirkan cara yang sesuai untuk menyelasaikan maslah Matematik yang dihadapi. Cara yang difikirkan adalah dinamakan Kaedah Kaki. Ianya adalah seperti berikut
Langkah Pertama
Melihat pada soalan dan menulis nombor yang telah diberikan pada buku latihan.
1 2 5 6 4 8
Langkah Kedua
Para pelajar akan menulis H T H pada bahagian atas nombor yang telah diberikan seperti di bawah.
H T H
1 25 6 48
Langkah Ketiga
Para pelajar akan dijelaskan mengenai kaki yang terdapat pada huruf HTH yang telah diletakkan.
H mempunyai 2 kaki T mempunyai 1 kaki H mempunyai 2 kaki
Langkah Keempat
Para pelajar akan menggariskan (/) pada nombor mengikut kaki yang telah dikenalpasti. Contoh : H mempunyai 2 kaki maka pelajar akan mengira dua nombor dari hujung kanan dan menggariskan di tengah nombor tersebut.
H T H
1 25 6 48
Langkah Kelima
Para pelajar akan menulis nombor tersebut dalam perkataan mengikut bahan yang telah disediakan. Sebelum menulis para pelajar akan mengenal pasti nilai tempat HTH iaitu
H= hundred T= thousand H =hundred
Para pelajar akan menulis nama angka dan diikuti dengann HTH.
ONE (HUNDRED) TWENTY FIVE (THOUSAND) SIX (HUNDRED) AND FORTY EIGHT.
No comments:
Post a Comment